2009年5月26日星期二

Pasar malam Setia Alam Lambang Perpaduan:

SETIA ALAM - Pasar malam secara dasarnya dilihat sebagai satu perkara biasa dan tidak punya apa-apa keistimewaan walaupun ia memang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat yang gemar membeli belah barang keperluan harian, makanan, pakaian serta beraneka lagi jenis barangan kerana konsepnya mudah dan murah. Namun persepsi ‘biasa’ itu mahu diubah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 21 Shah Alam, U13 dengan menjadikan pasar malam sebagai lambang perpaduan dan keharmonian penduduk berbilang bangsa negara ini.

Pengerusinya, Ang Leng Kiat berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan Penjaja Setia Alam (PPSA) memulakan aktiviti pasar malam di Setia Alam yang lebih dikenali sebagai Bazaria Mega pada 18 April lalu dengan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Katanya, MPP Zon 21 mahu mencipta kelainan untuk Bazaria Mega anjurannya dengan menekankan konsep harmoni penduduk berbilang bangsa dan ia dimulakan dengan menggalakkan peniaga serta penjaja berbilang kaum membuka gerai jualan. “Walaupun Setia Alam berada dalam daerah Shah Alam namun kami lebih hampir dengan masyarakat di Klang terutamanya di Meru, Bandar Baru Bukit Raja dan juga Kapar. Oleh itu konsep harmoni ini kami mahu kembangkan bukan sahaja kepada penduduk di Setia Alam malah penduduk di kawasan berkenaan. “Tapak pasar malam yang terletak berhampiran Jalan Meru juga memudahkan orang ramai dari kawasan Klang untuk mengunjungi Bazaria Mega ini dengan menggunakan dua jalan masuk selain menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan yang banyak,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Majlis MBSA berkata, sejak enam minggu Bazaria Mega beroperasi di hadapan deretan bangunan pusat perniagaan Setia Alam setiap Sabtu bermula jam 4 petang hingga 11 malam, jumlah peniaga dan pengunjung semakin bertambah. “Buat masa ini lebih 500 peniaga menjalankan pelbagai jenis perniagaan dan dianggarkan antara enam hingga tujuh ribu pengunjung datang ke pasar malam berkenaan. “Kita mensasarkan jumlah petak perniagaan bertambah sehingga seribu petak dan seterusnya menjadikan Bazaria Mega sebagai salah satu pasar malam terpanjang dan terbesar di negeri ini,” katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua PPSA, Jasni Mahmud berkata, pasar malam ini boleh dijadikan satu lambang perpaduan dalam mengamalkan cara hidup harmoni berbilang kaum kerana ia melibatkan pelbagai bangsa sama ada peniaga mahu pun pengunjungnya. “Kita mahukan jadikan Setia Alam sebagai satu pusat perpaduan dan pada masa yang sama menggalakkan orang ramai berniaga terutamanya dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang. “Kita mahu buka satu ruang yang membolehkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan, ibu tunggal, suri rumah dan juga orang kurang upaya (OKU) menjalankan apa sahaja jenis perniagaan untuk menambah pendapatan,” katanya. Menurutnya, PPSA juga menekankan hal keselamatan di pasar malam berkenaan di mana setiap minggu pihaknya mendapat kerjasama lapan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dari Platun 0171 yang sentiasa mengawasi keadaan di situ selain pemantauan anggota polis dari Balai Polis Setia Alam.

没有评论:

参加的政党和社团组织.

现任....
( 党职 )

1 - 民主行动党吧生港口班达马兰巴刹支部代主席和支部中央代表.
2 - 民主行动党沙亚南實達阿南支部顾问.
3 - 民主行动党雪兰莪州联委员会委员(2010-2012).

( 政职 )

1 - 雪兰莪州莎阿南市政厅议员.

( 社职 )
1 - 雪兰莪州吧生宾海区大寅洪氏家族会名誉主席.
2 - 雪兰莪州宾海区南安公会会员.
3 - 雪兰莪州报关行公会会员.
4 - 沙亞南MPP Zon 21 (U13) 區居民委員會主席.
5 - 沙亞南實達阿南房屋缺损委员会顾问.
6 - 沙亞南實達阿南小贩公会顾问.
7 - 中马六桂堂名誉主席.

曾任.....
- 民主行动党雪兰莪州联委会委员. ( 2010-2012 )
- 党籍被冻结三年直到2007年.
- 全国第十一届大选雪兰莪州直落拿督州议席民主行动党候选人.( 2004 )
- 民主行动党雪兰莪州联委会宣傳秘书. ( 2004 )
- 民主行动党雪兰莪州联委会副财政. ( 2003 - 2004 )
- 民主行动党雪兰莪州联委会委员. ( 2002 - 2003 )
- 民主行动党吧生区社青团署理团长. ( 2002 - 2004 )
- 民主行动党吧生区联委会秘书. ( 1998 - 2001 )
- 民主行动党吧生港口班达马兰巴刹支部财政. ( 1994 - 2004 )
- 民主行动党吧生港口班达马兰巴刹社青支团组织秘书. ( 1992 - 1994 )
- 入党成为民主行动党吧生港口班达马兰巴刹支部党员. ( 1990 )